Latihan 1 (Cerpen Ahmad Mutawakkil)
Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman
sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap,
dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan setiap baris
kalimah- dipintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan
sangat rengsa bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling-
disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba
terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih
menadah doa, kami segera menoleh.
Dek pelita ayam yang tergantung pada alang
beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang
tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.
Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya
berkerut-kerut ; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British
dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan
lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.
Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu
dek tenggelam punca.
Selepas mereka
selesai solat maghrib, mereka terdengar suara orang memberi salam dan bunyinya
sangat rengsa. Mereka melihat seorang lelaki di muka pintu. Lelaki itu ialah
Ahmad Mutawakkil dan kemeja putihnya berlumuran darah dan seluar kelabunya
dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat
pada muka dan rambutnya.
2.
Pada pendapat anda, apakah yang perlu
dilakukan oleh jemaah surau setelah melihat lelaki itu ?
Pada pendapat saya,
jemaah surau itu perlu segera pergi ke lelaki itu dan membawanya ke dalam surau
dan menenangkannya. Setelah itu, lelaki itu perlu dirawat dan dibersihkan
bajunya dan kemudian baru ditanyakan apa yang telah berlaku.
3.
Berikan satu persoalan berdasarkan petikan
dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen.
Persoalan yang
diperoleh daripada petikan ialah persoalan tentang masyarakat kampung yang
bersatu padu. Contohnya, penduduk kampung bersatu padu dengan menunaikan ibadah
bersama-sama di surau. Persoalan yang diperoleh daripada keseluruhan cerpen
ialah persoalan tentang kesan kedatangan penjajah. Contohnya, kedatangan
penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan
hidup masyarakat kampung hilang.

